Thursday, March 31, 2011

KEAJAIBAN CICAK MELEKAT PADA DINDING

Kemampuan cicak melekat pada dinding bukanlah disebsbkan oleh bahan kimia tetapi sebernarnya ia disokong oleh faktor geometri. Penemuan para saintis mendapati kaki cicak memainkan peranan besar dalam memastikan haiwan tersebut mampu melekat pada dinding atau bahagian siling bangunan.


Ia disebabkan oleh helaian bulu-bulu halus pad tapak kaki cicak berfungsi untuk menghasilkan kuasa tarikan di antara molekul-molekul. Di bahagian tapak kaki cicak, terdapat berjuta-juta mikroskopik helaian bulu yang lebih halus daripada rambut manusia.


Setiap bulu-bulu itu pula terbahagi kepada 1,000 bahagian kecil di mana ia boleh dilihat hanya menggunakan mikroskop elektron. Bentuk helaian rambut nipis itu turut memainkan peranan penting dalam menentukan kemampuan cicak untuk memanjat dinding dan bergayut di syiling. Cicak akan menggunakan tumit untuk melekat dan mencengkam kakinya pada permukaan dinding.

PENSEL HASILKAN 56 KILOMETER GARISAN

Pensel diperbuat daripada sebatang pigmen yang terdiri daripada bahan grafit berwarna atau arang. Pigmen itu diletakkan di dalam sebatang kayu keras atau plastik sebagai material luar yang menyokong dan membentuk pensel. Secara puratanya, sebatang pensel boleh melakar garisan lurus sepanjang 56 kilometer atau menulis sebanyak 50,000 patah perkataan.

Di Amerika Syarikat, sebanyak dua bilion batang pensel dihasilkan setahun dan jika semuanya digunakan untuk membuat garisan, ia boleh mengeliling bumi sebanyak sembilan kali.

KEISTIMEWAAN AIR ZAMZAM

Air Zamzam memiliki keistimewaan yang luar biasa, Rasulullah bersabda:
   "Zamzam adalah air yang terbaik di muka bumi ini, bahagian dari makanan dan ubat untuk yang sakit" (diriwayatkan oleh Tabrani).
Kajian juga menunjukkan air zamzam mengandungi pelbagai mineral seperti kalsium, magnesium dan fluorida. Susunan molekul air zamzam berstruktur sangat indah, teratur, cantik bak berlian yang berkilau, dan memancarkan lebih dari 12 warna jika dibekukan. Air zamzam dari Mekah ketika dibekukan dan difoto membentuk kristal segi enam yang jernih dan sempurna.

Muslim Girls

'..A guy asked a MUSLIM " why do ur girls cover up their body & hair ?! " The MUSLIM guy smiled & got 2 sweets , he opened the 1st & kept the other one closed .. He thrown them both on the dusty floor and asked the guy " if i asked u to take one of the sweets which one u will choose !? " the guy said " the covered one " ..Then the MUSLIM said ...that's how we treat & see our women :)

Wednesday, March 30, 2011

Pro & Kontra Study Group

Kelebihan Study Group Bagi Pelajar Cemerlang
  • Boleh berkongsi ilmu dan idea. Berkongsi idea & menajamkan lagi ilmu kita.
  • Mengetahui kelemahan diri sendiri. Segeralah dibaiki.
  • Menanam sifat suka membantu orang yang susah.
  • Mengelakkan sifat syok sendiri.

Kelebihan Study Group Bagi Pelajar Lemah
  • Boleh meminta bantuan kepada pelajar yang mahir.
  • Menguatkan jati diri bila berada dalam lingkungan orang yang cemerlang.
  • Senang memahami pelajaran yang susah.
  • Belajar tanpa tekanan.
  • Memilih idola rakan sebaya yang cemerlang.
Kelemahan Study Group
  • Pelajar cenderung menghabiskan masa untuk berbual.
  • Mengambil masa yang meleret-leret.
  • Pelajar yang tidak mengambil bahagian akan berasa terpinggir terutama pelajar yang lemah.
  • Wujud persaingan tidak sehat jika ada pelajar yang lebih cerdas hanya mempunyai niat untuk menunjuk-nunjukkan kehebatan mereka.
  • Menghabiskan masa jika terpaksa datang berkumpul di tempat yang jauh.