Sunday, April 3, 2011

MANA PERGINYA DUIT RM1?

 Cuba Selesaikan Teka-Teki Ini......   Ada tiga orang kawan yang pergi bercuti ke Pulau Tioman. Sampai di sana mereka mencari resort, dalam proses pencarian itu mereka terjumpa resort yang sewanya hanya RM30 satu malam.   Disebabkan keakraban mereka telah membuat keputusan untuk menyewa satu bilik sahaja. Tanpa banyak soal masing-masing mengeluarkan RM10, untuk membayar harga yang yang dikongsi bertiga. Setelah mendapat kunci bilik mereka tanpa membuang masa terus ke bilik mereka.   Selepas mereka pergi barulahdisedari oleh pihak resort tentang harga promosi yang dibuat oleh mereka. Ini bermakna satu bilik hanya RM25 sahaja. Pihak hotel telah meminta 'bell boy' untuk memulangkan baki RM5. Dalam perjalanan ke sana budak penghantar itu berfikir, bagaimana hendak bagi duit RM5 secara sama rata kepada tiga orang rakan karib itu. Kemudian dia mendapat idea untuk memulangkan seorang RM1 kepada setiap kawan-karib itu. Baki RM2 dia akan ambil untuk beli makanan ringan.
  Maknanya.....
Sahabat karib tiga orang itu cuma membayar duit hotel seorang RM9.
JUMLAH MEREKA BAYAR;
RM 9.00 x 3 = RM27    
Budak penghantar ambil duit RM2.
Jumlah semua sekali RM27 + RM2 = RM29.
Mana perginya RM 1.....????

No comments:

Post a Comment