Saturday, April 2, 2011

SEPULUH JENIS SEKSAAN WANITA


 Rasulullah s.aw bersabda: "Aku melihat 10 macam jenis seksaan bagi kaum wanita, antaranya:-    
  1. Orang perempuan yang digantung dengan rambutnya dan dikepalanya mendidih ~hal ini kerana dia tidak mahu tutup (melingdungkan) rambutnya daripada dilihat oleh lelaki lain.
  2. Orang perempuan yang digantung dengan lidahnya dan tanganya dikeluarkan dari punggungnya, dan minyak air dituangkan ke dalam kerongkongnya.  ~hal ini kerana perepuan itu suka menyakiti hati suaminya dengan kata-katanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Seseorang wanita yang menyakiti hati suaminya dengan kata-katanya, maka Allah s.w.t akan melebarkan lidahnya di hari kiamat nanti  selebar 70 zira, dan akan mengikat  dibelakang lehernya". Seseorang perempuan yang menyeksa suaminya dengan kata-katanya, maka sesungguhnya Allah s.w.t melaknatinya. Dari Uthman r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Seseorang perempuan yang mengatakan kepada suaminya dengan berkata: "Aku belum pernah melihat kebaikanmu, maka sesungguhnya Allah s.w.t akan menghapuskan amal kebaikannya selama 70 tahun, walaupun dia berpuasa pada siang hari dan mengerjakan solat pada malam hari".
  3. Orang perempuan yang digantung dengan buah dadanya dari arah punggungnya dan air kayu zakum dituang ke dalam keronkongnya. 
    ~hal ini kerana perempuan itu menyusui anak orang lain dengan tidak mendapat izin suaminya.
  4. Orang perempuan yang digantung dan diikat dua kakinya beserta dua tangannya sampai ubun-ubunya dan dibelit dikuasai oleh beberapa ular dan kala jengking.  ~hal ini kerana perempuan itu keluar rumah tanpa izin suaminya terlebih dahulu dan mandi. Yakni mereka yang tidak mandi bagi membersikan diri setelah habis haid atau nifas.
  5. Orang perempuan yang makan badannya sendiri dan dibawahnya terdapat api yang menyala-nyala. 
    ~hal ini kerana perrempuan itu berhias untuk dilihat oleh lelaki lain dan mereka yang suka membicarakan aib orang lain.
  6. Orang perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting-gunting dari neraka. ~hal ini kerana perempuan itu memasyurkan dirinya di kalangan orang ramai, dengan bermaksud supaya orang melihat akan perhiasannya. Dan setiap orang melihat akan tertarik kepadanya sebab perhiasan yang dia pakai. 
  7. Orang perempuan yangyang berwajah hitam dan memakan usus-ususnya sendiri. ~hal ini kerana perempuan itu boleh solat dan puasa tetapi dia tidak mahu mengambil wudhu dan dia tidak mahu mengerjakan solat dan tidak juga mahu mandi junub.
  8. Orang perempuan yang tuli, buta dan bisu di dalam petidari neraka sedang darahnya mengalir dari lubang bahagian badannya sendiri seperti hidung, telinga dan mulut. Badanya pula busuk sebab penyakit kulit dan penyakit lepra. 
  9. Orang perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai, mereka mendapat seksaan sejuta macam seksaan. ~hal ini kerana perempuan itu suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.
  10. Orang perempuan yang berbentuk anjing, dan beberapa ekor ular dan kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Dan para malaikat memukuli kepalanya dengan palu gondom dari neraka.   ~hal ini kerana perempuan itu ahli fitnah dan suka marah kepada suaminya. Abdullah bin Umar berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda bahawa: "Kalaulah semua yang ada di bumi ini merupakan emas dan perak, kemudian dibawa oleh seorang perempuan ke rumah suaminya, maka satu hari dengan bangganya dia berkata: "Awak ini siapa, semua harta yang ada di sini adalah milik aku, engkau tidak mempunyai apa-apa pun". Maka sesungguhnya Allah s.w.t akan menghapuskan semua amal baiknya walaupun amal itu banyak. Ibnu Abbas r.a berkata bahawa Rasullah s.a.w telah bersabda: "Seseorang perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa keizinan suaminya, maka sesunguhnya dia dikutuk oleh segala sesuatu yang disinari oleh matahari dan bulan sehingga dia kembali ke rumah suaminya". Ibnu Abbas r.a berkata bahawa dia mendengar Rasullah s.a.w telah bersabda: "Apabila seseorang perempuan itu sentiasa bermasam muka terhadap suaminya dan menyebabkan suaminya itu susah hati, maka sesungguhnya Allah s.w.t memurkainya sehingga dia tidak lagi boleh tertawa di hadapan suaminya ataupun mengembirakan suaminya itu".  

     
    ***seksaan yang ke-8 tidak dapat dikenal pasti harap tidak mengangap ini satu kesilapan.

No comments:

Post a Comment