Saturday, June 23, 2012

KEMBALIKAN SISTEM KHALIFAH



Gambar ini adalah Gambar Khalifah terakhir kita Sultan Abdul Hamed II meninggalkan istana atas arahan Presiden Turki pertama Mustafa Kamal Atartuk pada 3 Mac 1922.

Memperingati 90 tahun sejarah hitam SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM.
KEMBALIKAN PEMERINTAHAN KHALIFAH!!!!!

Khalifah terakhir Sultan Abdul Hamed II meninggalkan istana atas arahan Presiden Turki pertama Mustafa Kamal Atartuk pada 3 Mac 1922.

Hari ini 3hb Mac 2012 adalah bertepatan dengan 90 tahun sejarah hitam bagi umat Islam di seluruh dunia.

Dengan sokongan dan kekuatan dari British dan Zionis, Mustafa Kamal Atarturk telah mengumumkan penghapusan Khilafah dan pemisahan agama Islam daripada negara tepat pada pagi 3 Mac 1924.

Kamal telah memerintah supaya Khalifah terakhir, Sultan Abdul Majid II supaya meninggalkan Turki sebelum subuh pada hari yang sama. Polis dan tentera dikerah berhimpun di istana Khalifah dan memaksa Khalifah memasuki kereta dan seterusnya membawanya ke Switzerland.

Atartuk kemudiannya telah mengumpulkan semua waris Khalifah dan mengusir mereka keluar daripada Turki. Kesemua aktiviti keagamaan dimansuhkan, semua sekolah agama ditukar kepada sekolah sekular, mahkamah Islam dimansuhkan, azan diluangkan dalam bahasa Turki dan undang-undang sekular dilaksanakan sepenuhnya.

Akhirnya impian British dan Zionis untuk meruntuhkan Khilafah Uthmaniyah sebagai Daulah Islam yang terakhir telah tercapai, melalui tangan anak didik mereka iaitu Mustafa Kamal laknatullah.

Setelah jatuhnya khilafah, maka satu demi satu wilayah umat Islam jatuh ke tangan musuh termasuklah bumi Palestin yang diidam-idamkan oleh Zionis dan pihak barat.

Kini, telah 90 tahun umat Islam kehilangan tempat berpaut untuk naungan dan pimpinan khalifah.

Bagaimana keadaan umat Islam kini di Palestin, Iraq, Libya, Syria, Kashmir, Pattani, Selatan Filipina dan negara-negara yang lain di seluruh dunia termasuk di negara tercinta Malaysia.

Rata-rata umat Islam hidup terkontang-kanting tanpa pimpinan dan hala-tuju perjuangan walau pun jumlah meraka kini telah melebihi seperempat daripada penduduk dunia (1.7 bilion daripada total 7 bilion).

Persoalannya : Apakah sumbangan kita ke arah mengembalikan kedaulatan dan kepimpinan Islam yang sangat diperlukan oleh umat dan dunia antarabangsa pada ketika ini? 

Friday, June 22, 2012


EINSTEIN'S RIDDLE

Teka-teki bersama hint :)

Ada 5 buah rumah yang masing-masing memiliki warna berbeza.
Setiap rumah dihuni seorang lelaki dengan negara yang berbeza.
Setiap penghuni menyukai satu jenis minuman tertentu.
Merokok sejenis rokok tertentu dan memelihara seekor haiwan tertentu.
Tidak ada satu pun dari kelima orang tersebut yang minum minuman yang sama, menghisap rokok yang sama dan memelihara haiwan yang sama seperti penghuni yang lain.

Pertanyaannya: Siapakah yang memelihara IKAN?
Petunjuk:
Orang Inggris tinggal di dalam rumah berwarna merah.
Orang Sweden memelihara anjing.
Orang Denmark sedang minum teh.
Rumah berwarna hijau terletak tepat disebelah kiri rumah berwarna putih.
Penghuni rumah berwarna hijau sedang minum kopi.
Orang yang merokok PallMall memelihara burung.
Penghuni rumah yang terletak di tengah-tengah senang minum susu.
Penghuni rumah berwarna kuning merokok Dunhill.
Orang Norway tinggal dirumah paling pertama.
Orang yang merokok Marlboro tinggal disebelah orang yang memelihara kucing.
Orang yang memelihara kuda tinggal disebelah orang yang merokok Dunhill.
Orang yang merokok Winfield senang minum bir.
Disebelah rumah berwarna biru tinggal orang Norway
Orang Jerman merokok Rothmans.
Orang yang merokok Marlboro berjiran dengan orang yang minum air.

Albert Einstein menyusun teka-teki ini pada abad lalu. Dia mnyatakan 98% pnduduk dunia x mampu memecahkan teka-teki ini. Adakah anda termasuk yg 2%?

Ini Probability saya. Jawapan anda pulak macamna?

BIL            RUMAH           RAKYAT           MINUMAN           ROKOK         HAIWAN
1.               Kuning             Norway               Air                         Dunhill            Kucing
2.               Biru                  Denmark             Teh                       Malboro          Kuda
3.               Merah              Ingeris                Susu                      PallMall           Burung
4.              Hijau                 Jerman               Kopi                      Rothmans        IKAN         
5.              Putih                 Sweden              Bir                         Winfield           Anjing

Saturday, November 19, 2011

MALAYSIA BERJAYA KE FINAL SUKAN SEA KE-26

Ahmad Fakri Saarani berjaya menyumbat gol kemenangan pada minit ke-84 dalam perlawanan separuh akhir acara bola sepak Sukan Sea di Stadium Gelora Bung Karno. Kemenangan itu sekali gus membawa Malaysia melangkah ke perlawanan final dan akan menentang sama ada Indonesia atau Vietnam dalam perlawanan akhir. Myanmar bermain dengan baik secara keseluruhan. Sebelum itu Malaysia juga telah berjaya mengalahkan Indonesia 1-0 dalam perlawanan yang menentukan siapakah yang layak menjuarai Kumpulan A dalam aksi temasya Sukan SEA yang ke-26. Dengan keputusan itu Malaysia berjaya menjadi juara bagi Kumpulan A.Gol Malaysia dijaringkan oleh gerakan solo yang menarik oleh Syahrul Azhuari pada minit yang ke 17 di separuh masa pertama.

Wednesday, November 16, 2011

Karangan A++

Tajuk : Pengalaman Yang Boleh Saya Lupakan


Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku.
Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip
tidak mahu keluar sebab beku di dalam  batang paip. Pagi itu saya bersarapan
dengan keluarga di dalam unggun api  kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu
emak saya mengajak saya menemaninya ke   pasar.

Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali  dengan
garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan   sejauh 120
kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah.Lagi 8 kilometer
nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru  dengan laju
dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam
gaung. Dia menjerit "Adoi!".

Lepas itu emak saya   naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut
berlari di   belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula.
Pemandu  lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu
sama  dengan kelajuan cahaya. Kami pula
terpaksa mengejar dengan lebih laju   iaitu sama dengan dua kali ganda
kelajuan cahaya. Emak saya dapat  menerajang tayar depan lori itu. Lori
itu terbabas dan melanggar pembahagi   jalan lalu bertembung dengan
sebuah feri.

Feri itu terbelah dua. Penumpang  feri itu yang seramai 100 orang
semuanya mati. Pemandu feri itu sangat  marah. Dia pun bertukar menjadi
Ultraman dan memfire pemandu lori.    Pemandu lori menekan butang khas di
dalam lori dia..lori itu bertukar  menjadi robot Transformer. Mereka
bergaduh di udara. Emak saya tidak   puas hati. Dia pun terus menyewa
sebuah helikopter di Genting Highlands  dan terus ke tempat kemalangan.

Dia melanggar pemandu feri yang telah  bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu
feri itu terkejut dan terus bertukar   menjadi pemandu feri semula lalu
terhempas ke jalanraya. Pemandu feri  itu pecah. Pemandu lori sangat
takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf   dari emak saya. Dia menghulurkan
tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya  masih marah. Dia menyendengkan
helikopternya dan mengerat tangan  pemandu lori itu dengan kipas
helikopter. Pemandu lori itu  menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi.

Emak say menghantar helikopter itu ke  Genting Highlands. Bila dia balik
ke tempat kejadian, dia terus memukul   pemandu lori itu dengan beg tangannya
sambil memarahi pemandu lori itu di  dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori
itu tidak dapat menjawab sebab emak  saya cakap orang putih. Lalu pemandu
lori itu mati.

Tidak lama kemudian   kereta polis pun sampai. Dia membuat
lapuran ke ibu pejabatnya tentang  kemalangan ngeri itu. Semua anggota
polis di pejabat polis itu terperanjat   lalu mati. Orang ramai
mengerumuni tempat kejadian kerana ingin  mengetahui apa yang telah terjadi.
Polis yang bertugas cubamenyuraikan  orang ramai lalu dia menjerit
menggunakan pembesar suara. Orang   ramai terperanjat dan semuanya mati.
Selepas itu emak saya mengajak saya ke  pasar untuk mengelak lebih ramai
lagi yang akan mati.

Di pasar, emak saya  menceritakan kejadian itu kepada
penjual daging. Penjual daging dan  peniaga-peniaga berhampiran yang
mendengar cerita itu semuanya terkejut  dan mati. Saya dan emak saya
terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu   penat sebaik saja sampai di
rumah kami pun mati.
Itulah kemalangan yang  paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati

Kisah Ibu Buta Mata Sebelah

Ini kisah sedih seorang ibu. Takkan ada seseorang
lain yang akan dapat menggantikan tempat seseorang ibu di dunia ini. Ni
cerita lama. Aku saje je cerita semula kisah yang sedih ni. Sebab
seseorang nak tahu cerita ni dengan lebih lanjut. Jadi aku letak dalam
blog ni.

Cerita ni
dalam bentuk luahan hati seorang anak yang kesedihan akibat kelalaian
atau dengan kata lain kederhakaannya kepada seorang ibu!

Cerita si anak.....

Ibuku buta sebelah mata!
Aku benci ibuku… Dia amat
memalukanku!
Tugas harian dia ialah memasak untuk pelajar dan guru
untuk menyara keluarga kami.

Pada suatu
hari semasa di sekolah rendah, ibuku datang ke sekolah untuk bertanya
khabar.
Aku sungguh malu. Mengapa dia sanggup melakukan ini
kepadaku?!
Aku tidak pedulikan dia dengan menunjukkan wajah benci
kepadanya dan terus lari.

Keesokan harinya
salah seorang rakan darjah berkata, “EEEE, ibumu hanya ada satu mata!"
Ketika
itu aku hanya ingin membenamkan diriku. Aku juga mahu ibuku hilang dari
hidupku!
Oleh itu aku berjumpa dengannya dan berkata, “Jika engkau
hanya mahu menjadikan diriku bahan ketawa, alangkah baiknya kalau kau
mati saja?!!!”

Ibuku hanya berdiam diri!!!

Aku tidak pun sejenak berhenti dan berfikir akan apa
yang telah aku katakan kepadanya kerana aku tengah marah ketika itu..
Aku
langsung tidak peduli akan perasaannya…

Aku
ingin keluar dari rumah itu…
Oleh itu aku belajar bersungguh-sungguh
dan akhirnya dapat melanjutkan pelajaran ke Singapura.
Kemudian aku
berkahwin. Aku membeli rumah sendiri dan mendapat anak. Aku amat gembira
dengan kehidupanku.

Suatu hari ibuku
datang menziarahiku. Sudah lama dia tidak berjumpa denganku dan tidak
pernah berjumpa cucunya!.
Bila dia berdiri di depan pintu rumahku,
anakku mentertawakannya...
Aku menjerit kepadanya, “Sanggup engkau
datang ke sini dan menakutkan anakku!"KELUAR DARI SINI SEKARANG!!!
Dengan
pantas ibuku menjawab “Maaf, Saya tersilap alamat” dan terus
menghilangkan diri.

Satu hari surat jemputan untuk perjumpaan
pelajar-pelajar lama sampai ke rumahku..
Oleh itu aku telah
memberitahu isteriku yang aku akan pergi untuk urusan perniagaan…

Selepas perjumpaan itu, aku telah pergi ke rumah
usang ibuku hanya untuk ingin tahu!!!.
Jiran memberitahuku yang ibuku
telah meninggal…
Aku tidak menitiskansetitik airmata pun!!

Jiran itu telah menyerahkan kepadaku sepucuk surat
yang ibuku ingin aku membacanya…
“Anakku yang dikasihi, Ibu selalu
teringatkan kamu setiap masa…
Ibu minta maaf kerana datang ke
Singapura dan telah menakutkan anakmu.
Ibu gembira kerana kamu akan
datang
ke perjumpaan pelajar-pelajar lama…
Tetapi ibu mungkin
tidak dapat bangun
untuk berjumpa denganmu.
Ibu minta maaf kerana
sentiasa memalukan kamu
semasa kamu sedang membesar.

Kamu
mungkin tidak tahu…. Semasa kamu masih kecil, kamu telah mendapat
kemalangan dan hilang satu mata........
Sebagai ibu, aku tidak
sanggup melihat anaknya membesar dengan satu mata...
Oleh itu… Aku
memberi salah satu mataku kepada kamu…
Aku amat berbangga kerana anak
lelakiku dapat melihat dunia ini dengan mata ibumu ini…

…Dengan kasihku kepadamu…
…IBUMU…

Monday, November 14, 2011

Soalan Kita Dan Inilah Jawapan ALLAH

Kenapa semua ini terjadi padaku?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)


Kenapa terlalu berat ujian ini?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)


Terasa kehidupan ini sudah tiada maknanya lagi bagiku. Mengapa?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imraan : 139)
"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87)


Bagaimana harus ku hadapi semua ini?
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah : 45)


Apa yang akan kudapat daripada semua ini?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.." (At-Taubah : 111)


Kepada siapa harus aku berharap?
"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (At-Taubah : 129)


Berimankah aku?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta?" (Al-Ankabut : 2-3)


p/s : apakah kita fikir kita lebih tahu dari ALLAH? apakah kita fikir kita lebih tahu apa yang terbaik untuk kita? renung-renungkanlah..

Bertudunglah Wahai Kaum Hawa..

1. kenape pompuan cantik pakai tudung... sebab dier nak tutup aurat...

2.kenape pompuan cantik pakai tudung... sebab dier jage maruah..diri. .dan keluarga...

3.kenape pompuan cantik pakai tudung... sebab.. sebab dier cantik..

4.kenape pompuan cantik pakai tudung... sebab dier x nak tunjuk kecantikan dier..kecuali pada yang berhak..

5.kenape pompuan cantik pakai tudung... sebab dier seorang yg pandai..pandai jaga diri...

6.kenape pompuan cantik pakai tudung... sebab dier anak solehah...

7.kenape pompuan cantik pakai tudung... sebab dier dengar ckp mak bapak dier..

8.kenape pompuan cantik pakai tudung... sebab dier hormati orang lain..

9.kenape pompuan cantik pakai tudung... sebab takut apabile dier tak pakai tudung orang tgk dier cantik..dan ade niat yg tak baik..

10.kenape pompuan cantik pakai tudung... sebab tak nak diminati ramai lelaki sgt..

11.kenape pompuan cantik pakai tudung... sebab tak nak menyusahkan orang lain..

12.kenape pompuan cantik pakai tudung... sebab dapat pahala..

13.kenape pompuan cantik pakai tudung... sebab dapat menghindari maksiat..InsyaAllah ..

14.kenape pompuan cantik pakai tudung... sebab supaya dpt menjadi contoh pada perempuan lain..

15.kenape pompuan cantik pakai tudung... sebab supaya lelaki yg beriman je yg suker dier..

16.kenape pompuan cantik pakai tudung... sebab mendengar suruhan nabi...

17.kenape pompuan caantik pakai tudung... sebab rambut perempuan adalah mahkota baginya.. jadi die tak nak sewenang2nya menunjuk kpd lelaki..kerana jika die menunjuk maknanya die dah tak bernilai kerana mahkota die telah dilhat oleh semua lelaki (kecuali keluarga)

18.kenape pompuan cantik pakai tudung... sebab dapat mengurangkan nafsu lelaki..

19.kenape pompuan cantik pakai tudung... sebab patuh pada suami..

20.kenape pompuan cantik pakai tudung... sebab plg penting..die orang islam...

21.kenape pompuan cantik pakai tudung... sebab dalam Al-Quran suruh die pakai tudung..kalau orang Islam tp tak berpegang pd Al- Quran.. nak berpegang pd ape lg..??

22. kenapa pompuan canti pakai tudung... pasal korang mmg cantik laa kalau pakai tudung..orang lelaki mmg suka org pompuan yg pakai tudung...aku tahu sebab aku lelaki..

23.kenapa pompuan cantik pakai tudung.. pasai diorang tahu kalau tak pakai tudung diorang akan "syok sendiri" yang diorang tu lawa...rugi laa kalau camtu...pakailaa tudung wahai muslimah Islam..serius ni...

24. kenapa pompuan cantik pakai tudung.. pasai dia tak moo orang lelaki suka kat dia pasal nafsu semata2....mesti nak kat dia pasal agama dan akalnya yg baik....